Sunday, 24 December 2017

PERMATA Kurnia - Kanak - kanak Autisme

PERMATA Kurnia
Masyakat autisme kini telah mula diberi perhatian oleh kerajaan, dengan penubuhan PERMATA Kurnia yang diinspirasikan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang juga penaung kepada Program PERMATA. Ia adalah sebahagian daripada program PERMATA yang memberikan pelbagai keseragaman melalui pendekatan pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak yang berkualiti serta mengenal pasti dan memupuk bakat mereka yang berlainan kepada potensi yang optimum.
PERMATA Kurnia adalah sebahagian daripada program PERMATA, ia ditubuhkan atas keprihatinan YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ketika melawat pusat kanak-kanak autisme yang diuruskan oleh organisasi bukan kerajaan.
Selaras dengan kemajuan pemikiran yang semakin prihatin, kanak-kanak autisme secara amnya dilihat sebagai salah satu aset yang tidak boleh diabaikan, terutama sekali di dalam pendidikan. Oleh itu, melalui kajian kajian dan pemerhatian, PERMATA memutuskan menubuhkan sebuah pusat yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai ASD (Autism Spectrum Disorder) dan menyediakan intervensi awal untuk membantu kanak-kanak dengan ASD mengembangkan potensi mereka dengan lebih baik.
PERMATA Kurnia diwujudkan untuk membuka potensi mereka dan memberikan pendidikan awal kanak-kanak autimse dan memupuk menjadi lebih produktif dan dapat menyumbang kepada masyarakat. Selain daripada itu, ia (PERMATA Kurnia) juga dieujudkan untuk meningkatkan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai autisme.
Menjalinkan kerjasama diantara Autism Speaks, iaitu sebuah organisasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai salah satu langkah memperkemaskan lagi pendidikan untuk kanak-kanak Autisme.
Mengekalkan objekti mendidik anak-anak autistik untuk belajar berdikari dan mampu berkomunikasi dengan masyarakat, membuat stategi berdasarkan penyelidikan dengan menyediakan latihan dan perundingan kepada guru dan ahli terapi kanak-kanak autisme. PERMATA Kurnia juga adalah salah satu cabangan bagi meningkatkan kesedatan otang awam tentang autisme dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dan juga keluarga mereka.

Memfokuskan sasaran sebagai model pusat autistik negara di masa akan datang dengan misi dan visi menyediakan pendidikan berkualiti dan ientervensi awal sebelum mereka ke sekolah harian (arus perdana).

BADAN NGO - Kumpulan Sokongan Autisme

Selain daripada NASOM dan PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA, masih terdapat beberapa lagi organisasi bukan kerajaan yang membantu menyumbang perkhidmatan-perkhimatan kepada kumpulan autisme bersama-sama komuniti bagi menjayakan objektif, misi dan visi masing-masing.
Ia adalah satu perkembangan yang sihat menunjukkan bahawa golongan autisme sentiasa mendapat perhatian bagi mana-mana pihak dan ia bukanlah perkara yang medatangkan hal yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
Kewujudan beberapa kumpulan bukan kerajaan tidak boleh dipandang enteng, ia adalah salah satu cabangan yang baik, bagi memperkenalkan dan menjelaskan kepada masyarakat bahawa autisme itu adalah satu perkara yang istimewa untuk dikenali dan diketahui.
Berikut di antara senarai pendek badan bukan kerajaan yang memberikan perkhidmatan dan sokongan kepada ibu bapa , penjaga kanak-kanak autisme.
1-      PERSATUAN PENJAGAAN DAN LATIHAN KANAK-KANAK AUTISTIK HUA MING (Hua Ming Autism Society)
-          Hua Ming ditubuhkan pada tahun 1996 oleh sekumpulan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak autisme. Persatuan ini menyediakan pendidikan khas, latihan dan terapi serta kaunseling kepada ibu bapa / penjaga dan keluarga.
-          Melalui Program TEACCH (Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children) dan Program ABA (Applied Behaviour Analysis) yang dibangunkan di Amerika Syarikat.
-          Di antara matlamat persatuan ini adalah dengan memberikan penekanan khusus untuk membantu mereka hidup bersama dengan keluarga dan kelompok masyarkat dengan lebih berkesan. Ibu bapa dan penjaga juga diberikan latihan untuk membantu anak atau anggota keluarga autisme mengatasi masalah tingkah laku dan meningkatkan kemahiran belajar, sosial dan bahasa.
-           Pusat Penjagaan dan Latihan Kanak-Kanak Autisme Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Selangor beralamat ;

25, Jalan Sri Manja 12 (PJS 3/47)
Taman Sri Manja, batu 6 ¾ Off Jalan Klang Lama
46000 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Nombor telefon : (6)03 – 7770 2080
Email : hmas@autism.org.my 

2-      IDEAS AUTISME CENTRE (IAC) – Pusat Autisme IDEAS
-          Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengambil langkah dengan menubuhkan Pusat Autisme IDEAS (IAC) di Rawang, Selangor dan didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-          Berfungsi menyediakan penjagaan dan pendidikan intervensi awal untuk kanak-kanak autisme di bawah usia 9 tahun dengan  ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan rendah.
-          Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Austisme IDEAS adalah seperti:
Terapi Pertuturan – yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan bahasa setiap kanak-kanak autisme.
Terapi Pekerjaan – untuk meningkatkan kemahiran motor halus setiap kanak-kanak autisme
Penjagaan Pakar Psikiatri- IAC menawarkan temujanji lisan bulanan bersama pakar klinikal dari UiTM Kampus Selayang, di mana sesi terapi lisan kebiasannya mengambil tempoh berbula lamanya.
Analisis Perilaku Terapan – Biasanya ini dilakukan oleh guru dan ahli terapi yang bertauliah bagi perkembangan dan memperbetulkan tingkah laku menggunakan kaedah yang disediakan.
-          Pusat ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kanak-kanak yang mengikuti IAC diberi pendedahan melalui perkhidmatan penjagaan harian, terapi, serta sokongan pendidikan sebagai persediaan mereka untuk belajar di sekolah harian (arus perdana). Selain daripada itu, pusat ini juga menyediakan makanan berdasarkan garis panduan pemakanan yang sihat.
-          Kaedah pembelajaran di Pusat Autisme IDEAS diilhamkan melalui aturan prinsip-prinsip program rawatan tingkahlaku intensif berasaskan rumah dan analisis perilaku terpakai atau ABA.
-          Kurikulum IAC berpandukan kurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan, di mana setiap kanak-kanak akan dinilai terlebih dahulu kemudian disusun berdasarkan kemajuan dan penilaian mereka pada setiap 6 bulan sekali.
-          Pusat Autisme IDEAS beralamat ;
Jalan Bukti Templer,
68100 Batu Caves, Selangor
Nombor Telefon : 03 6091 7330

Website :http://www.autism.ideas.org.my

PERSATUAN KEBANGSAAN AUTISME MALAYSIA (NASOM)

PERSATUAN KEBANGSAAN AUTISME MALAYSIA(NASOM)

NASOM adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang menjalankan kebajikan tanpa mendapat sebarang pulangan keuntungan. Organisasi ini menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak istimewa melalui pelbagai program yang telah disusun pada setiap tahun.

Objektif utama penubuhan NASOM adalah menawarkan perkhidmatan jangka hayat kepada golongan autisme menerusi kepelbagaian perkidmatan dan program yang berorientasikan hasil dan penekanan mengenai pemerolehan kemahiran perubahan dan tingkahlaku.

NASOM ditubuhkan pada tahun 1987 oleh sekumpulan ibu bapa dan professional dengan bertujuan untuk menyalurkan dan menyampaikan perkhidmatan bagi kumpulan autisme.

Telah didaftarkan pada 3 Mac 1987 sebagai salah sebuah badan amal kebajikan yang berusaha untuk menyampaikan berusaha untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan bagi membantu komuniti autisme, terutama kanak-kanak dan ahli keluarga mereka.

Setiap kanak-kanak  autisme mempunyai perbezaaan kecerdasan, sikap dan tingkahlaku yang berbeza dan NASOM bertindak sebagai salah satu platform yang membantu ibu bapa untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak secara lansung. Penyertaan ibu bapa sangat penting dalam membantu kanak-kanak autisme belajar serta perkembangan pembangunan sasiah diri mereka

Selain daripada itu, NASOM juga menyediakan pelbagai perkidmatan yang lain termasuklah, program intervensi awal dimana kanak-kanak autisme yang baru lahir sehinggalah umur mereka 13 tahun, mereka akan dibantu dari segi pengurusan diri, kemahiran akademik dan pembelajaran asas, kemahiran motor halus dan kasar serta komunikasi berkesan.

Malah beberapa rentetan program juga disediakan selaras dengan objektif dan misi NASOM seperti Program peralihan, Program “mainstreaming”, program pra-vokasional, program vokasional, penilaian dan diagnosis (program terapi) serta komunikasi (untuk tingkahlaku, pendidikan, pekerjaan dan sensori)

Nasom berpusat di 25A-5, Setia Avenue, Jalan Setia Prima S U13/S, Seksen 13, Setia Alam, Shah Alam dan mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, dan di antaranya ialah ;

NASOM Jalan Ipoh
2, Jalan 7/18B, Taman Batu Permai,
Off Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 6257 4385
NASOM OUG
Program Intervensi Awal
No. 12 A, Persiaran Awan
Taman OUG, Kuala Lumpur
Tel: 03 – 7781 6981

NASOM Gombak
Program Intervensi Awal
SD44, Jalan Amril
Taman Rowther
68100 Gombak, Kuala Lumpur
Tel : 03 – 6178 0883

NASOM Teluk Pulai
Program Intervensi Awal
No.5, Lorong Sepat 2
Taman Bertek, Teluk Pulai
41300 Klang, Sleangor Darul Ehsan
Tel : 03 – 3373 2991

NASOM Bandar Puteri
Pusat Kediaman dan Vokasional
No.30 & 30A, Jalan Sanggul 1
Bandar Puteri, 4200 Klang
Selangor darul Ehsan
Tel : 03 – 5162 5336

NASOM Taman Supreme
Pusat Vokasional
No.6, Jalan 2/98. Taman Supreme
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel : 03 – 9130 0095

NASOM Seremban
Program Intervensi Awal
No. 5020. Jalan Dusun
Kampung Baru Ampangan, Block C
70400 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06 – 767 4400
NASOM TItiwangsa
Program Intervensi Awal
No.62A-2, Lorong Maran
Off Jalan Kuantan
Taman Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 4022 3744

NASOM Penang
Program Intervensi Awal dan Program Vokasional
No. 32-34, jalan Pantai Jerjak 1
11900 Bayan Lepas
Penang
Tel : 04 – 658 7034

NASOM Butterworth
Program Intervensi Awal
No.8, Lorong Molek 3, Bagan Ajam
13000, Butterworth, Penang
Tel : 04 – 323 2252

NASOM Alor Setar
Program Intervensi Awal
No. 4010, Taman PKNK
Jalan Tun Razak
05200 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel : 04 – 734 4033

NASOM Ipoh
Program Ontervensi Awal
No.6 & 8, Taman Tingkat Ipoh satu
Ipoh Garden South
31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 – 548 3570

NASOM Melaka
Program Intervensi Awal
RUmah Bistari Negeri Melaka
No. 28 & 48, Kuarters Kerajaan Bukit peringgit
75450 Peringgit , Melaka
Tel : 06 – 288 2518
Email : 06 – 288 2518

NASOM Muar
Program Awal Intervensi
No. 190 Jalan Mulia 9
Taman Mulia, 84000 Muar
Johor Darul Takzim
Tel : 06 – 953 3544

NASOM Segamat
Program Intervensi Awal
No. 2, Jalan Mayam 2
Taman Emas, Kampung Jawa
85000 Segamat, Johor Darul Takzim
Tel : 07 – 931 7807

NASOM Kuantan
Program Intervensi Awal
No. A 631, Lorong Selamat 21
Off Jalan Teluk Sissek
25050 Kuantan, Pahang
Tel : 09 – 567 1070

NASOM Kerteh
Program Intervensi Awal        
PT 15856, Jalan Melor Kampmung Baru
24300 Kerteh, Terengganu
Tel : 09 – 826 1976

NASOM Kota Bahru
Program Intervensi Awal
Lot 1587, Taman SP Mokasturi
Bersebelahan USM Demit
16150 Kubang Kerian, Kelantan
Tel : 09 – 7654 357

NASOM Miri
Perogram Intervensi Awal
No. 123, Lorong 8
Jalan Taman Piasau Edar
Taman Piasau, 98000 Miri
Sarawak, Malaysia
Tel : 085 – 653 712

PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA

PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA (Facebook- Autisme Malaysia)
Persatuan Autisme Muslim Malaysia yang juga dikenali sebagai Autisme Malaysia  ditubuhkan secara rasmi pada 19 Julai 2012 beralamat di 2F-2,Jalan Raya 2, Kawasan Perindustrian  Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor yang di pengerusikan oleh Encik Zamri Bin Tembol.
Menggunakan perkataan “muslim” , bukan menjadi halangan kepada masyarakat bukan islam untuk turut sama menyertai persatuan dengan menjadi ahli bersekutu dan menyertai apa-apa aktiviti serta menikmati faedah sebagai ahli. Persatuan ini dikendalikan sepenuhnya oleh ibu bapa yang mempunyai autisme.
Melalui perkongsian di dalam “facebook”, persatuan ini mengumpulkan seramai mungkin penyertaan dari kalangan kumpulan autisme, ibubapa yang mempunyai anak autisme, kumpulan professional, pakar kanak-kanak, pakar psykologi, guru-guru dan orang awam.
Memiliki ribuan ahli dari pelbagai agama dan bangsa. Ia ditubuhkan sebagai medium komunikasi dan perkongsian anggota persatuan. Berbicara pelbagai perkara khususnya aktiviti harian, perkembangan kanak-kanak, persoalan, cadangan yang menjurus kepada anak-anak autisme dan perjumpaan dari masa ke semasa juga diadakan.
Dengan berkongsi maklumat dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai autisme serta memperjuangkan hak-hak anak-anak autisme muslim dan bukan muslim meluas. Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anggota keluarga autisme adalah sangat digalakkan untuk menyertai, bahkan melalui persatuan ini, memberikan pengetahuan yang luas melalui pendidikan formal dan separa formal melalui seminar, bengkel dan forum yang disediakan.
Ia bukan sesuatu yang merugikan, kerana persatuan ini menjalinkan kerjasama pintar dengan beberapa institusi penyelidikan, badan kerajaan mahupun organisasi-organisasi yang berminat untuk bersama-sama membangunkan taraf pendidikan, perubatan dan kebajikan anak-anak autisme.
Selain itu, persatuan ini juga menjalankan aktivti –aktiviti bersama-sama ahli, juga masyarakat bagi menerima  dan mengumpul dana bagi perjalanan dan matlamat persatuan.


Sumber : www.autisme-malaysia.com

Sunday, 10 December 2017

Kisah 2 - Autisme

Sufi adalah anak keempat dari enam beradik. Ketika berumur 6 bulan sehingga 1 tahun, perkembangan dia tidak seperti kanak-kanak lain, berbeza dengan abang dan kakaknya sewaktu bayi. Perkara pertama yang saya kesan, ketika Sufi berumur sekitar 6-8 bulan dia tidak mengoceh (babbling)  seperti bayi-bayi biasa.  Saya fikir itu perkara biasa.

Ketika Sufi berumur sekitar 1 hingga 2 tahun, dia kelihatan selesa bermain sendirian dan tidak suka bermain bersama kakak dan abangnya, Sufi tidak gemar dipeluk dan sangat suka kepada aktiviti yang berkaitan dengan air, hingga boleh duduk berjam lamanya.

Umur 3 hingga 4 tahun, sufi gemar menyusun barang mengikut bentuk dan warna. Rutin yang dia buat, tidak boleh diganggu atau diubah kecuali sufi mengubahnya sendiri. Sufi sangat fokus apabila menonton rancangan kegemaran dan tidak berganjak sehingga rancangan kegemarannya tamat.  Sufi tidak memberi respon apabila namanya dipanggil walaupun berulang-ulangkali. Emosinya mudah , kadang-kadang dia menangis dan menjerit secara tiba-tiba tanpa mengetahui apa penyebabnya.

Umur 5 hingga 6 tahun, saya daftarkan Sufi di KEMAS, kerana berdekatan dengan rumah dan mahu dia bercampur dengan kanak-kanak sebaya dengannya. Ini adalah cabaran bagi saya. Boleh dikatakan setiap hari saya menerima aduan daripada guru atas tingkahlaku Sufi ketika belajar dan bermain bersama kawan-kawannya. Ketika ini, saya tidak tahu yang anak saya mengalami Autisme dan tidak tahu apa itu Austisme, apatah lagi saya adalah suri rumah sepenuh masa dan suami hanya bekerja sendiri.

Saya dicadangkan oleh guru KEMAS untuk membuat ujian doktor ke atas anak saya, kerana guru tersebut khuatir jika Sufi mengalami penyakit yang tidak diketahui. Dia juga risau dengan kelakuan dan tindakan sufi. Menurut gurunya, ketika berada di dalam kelas, Sufi tidak mendengar dan memahami arahan dengan baik, dan suka bersendirian.

Pengesahan doktor dibuat dan ketika Sufi menginjak ke usia 7 tahun, suami mendaftarkan Sufi di kelas Pendidikan Khas. Suami mahu Sufi bersekolah seperti biasa. Keadaan ini, membuka satu lagi episod kepada seluruh keluarga saya, terutama sekali suami saya. Kami menantikan keajaiban anak saya jika dia boleh berubah menjadi kanak-kanak normal.
Alangkah saya sendiri tidak mengetahu bahawa Autisme adalah salah satu kategori yang disenaraikan sebagai OKU, apatah lagi masyakat setempat dan sekeliling. Apabila saya dan suami membawa Sufi berjalan-jalan pasti akan ada yang memerhati dan tidak kurang bertanyakan tentang Sufi.

Sufi akan melompat-lompat dan mengepak tangan apabila memberontak, atau dia akan bertindak agresif dengan menggaru tangan atau mukanya sehingga luka, malah menjerit dan menangis sekuat hati. Suami saya menjadi seorang yang sangat sabar melayan karenah Sufi.

Pada awal tahun persekolahan, ketika Sufi berada dikelas pendidikan khas, dia tidak mahu bangun untuk ke sekolah, perlu di pujuk dengan lembut. Sufi akan merajuk dan mengamuk apabila ayahnya lewat menjemput pulang dari sekolah. Lama-kelamaan dia semakin serasi.
Kini,Sufi sudah pandai mengurus diri, sudah mengenali warna, bentuk dan nombor. 

Menerima arahan. Jika saya dan keluarga memberi arahan, kami menggunakan bahasa yang mudah, iaitu menyebut satu-satu perkataan kerana Sufi tidak mempunyai keupayaan memahami bahasa badan dan ayat yang panjang. Sufi sangat menitik beratkan kebersihan diri dan persekitaran. Pantang sahaja melihat benda kotor seperti kuah tertumpah di meja atau lantai, cepat-cepat dia mengelapnya.


Saya dan keluarga telah menerima keadan Sufi. DIa adalah satu perkara terbaik yang berlaku dalam hidup saya. Ragamnya membuatkan kami kekal erat selamanya kerana kenangan yang kami kongsi sepanjang membesarkan Sufi. Paling mengagumkan Sufi menghafal semua dialong Upin dan Ipin dengan baik.

Kisah 1 - Autisme

Amir adalah kanak-kanak penghidap Autisme Asperger. Sindrome Aspeger adalah kecacatan perkembangan yang mempengaruhi bagaimana cara mereka melihat dunia dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka memiliki purata kecerdasan yang tinggi dan tidak mempunyai masalah dengan pertuturan tetapi masih mengalami kesulitan dengan  pemahaman dan perbualan.

Nisbah kepada penghidap Austime Asperger adalah 1 : 100, Autisme Asperger mungkin dapat dilihat melalui dua perkara ini,

1)    Seorang yang pintar seperti orang lain tetapi menghadapi masalah dengan kemahiran sosial
2)    Fokus dan  obsesif kepada satu topik atau melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali.
*****
Ketika berumur 3 tahun lebih, Amir pandai mengenal warna dengan baik. Apabila menonton rancangan kegemarannya, jangan diganggu, Amir boleh melakukan tindakan agresif seperti menghentak kepalanya ke lantai dan ia adalah situasi yang saya sangat takuti.

Amir tidak seperti kanak-kanak seusia dengannya, apabila kita menyebut perkataan kepadanya atau bertanyaan soalan, dia akan mengulangi menyebutnya kembali. Ia dikenali sebagai Ecolilia. Dia juga tidak sukakan bunyi yang terlalu bising, bertindak menekup kedua-dua telinganya dengan kuat.

Menghindar dari pandangan mata dan tidak memberi respon apabila dipanggil, ini kerap berlaku apabila kami merakam gambar keluarga dan aktiviti bersama Amir. Paling menakjubkan Amir sangat bagus mengeja huruf dan pandai membaca pada sekitar usia 3 atau 4 tahun. Dia mengeja perkataan apa yang dia nampak dan lihat  melalui pembelajaran visual.

Seperti kanak-kanak Autisme yang lain, Amir  mempunyai masalah di dalam pertuturan serta komunikasi dan cepat kecewa dengan komunikasi yang sukar baginya sebagai contohnya perbualan yang mengandungi unsur sarkastik.

Dia juga menghadapi kesukaran ketika berada di dalam persekolahan, dan itu bukanlah alasan untuk saya memberhentikan dan mengasingkan Amir. Tetapi, saya ambil itu sebagai satu cabaran untuk saya dan isteri belajar tentang rutin Amir dan sentiasa memberikannya galakan.

Apabila diajukan soalan, Amir menjawab seolah-olah menggunakan skrip. Adakalanya dia memberikan jawapan bernada (berlagu) kerana kesukaran membuat perkataan secara lansung.  Dia berada dikelas harian, menerima pelajaran yang sama seperti pelajar-pelajar yang lain Cuma dia tidak boleh menerima input terlalu banyak pada satu-satu masa. Keadaan ini memerlukan Amir menerima bantuan sokongan sedikit istimewa berbanding rakannya yang lain dari kalangan guru yang mengajar.

Amir mempunyai daya pemikiran yang tinggi dan ingatan yang kuat, dia mampu menghafal barangan yang saya senaraikan, sangat pintar menyelesaikan permainan SODUKU, paling hebat dalam permainan puzzle dengan hanya melihat gambar asal sahaja, menghafal bangunan dan jalan. Sangat sensitif dengan perubahan cuaca, pernah dia mengatakan secara spontan yang hujan akan turun pada mala mini (kejadian lama). Menakjubkan memang hujan turun pada malam tersebut. Kebanyakkannya kejadian hujan ini berlaku hampir 80% dengan apa yang Amir ramalkan, malah bukan tentang cuaca, dia juga peka terhadap perubahan sekeliling.  Amir juga seorang yang menepati masa dan mengigati tarikh dengan tepat. Saya lihat Amir gemar menonton siaran bacaan ayat-ayat Al-Quran. Usai bacaan habis dibaca oleh qari atau qariah, dia bangun dan meneruskan rutin seperti biasa.

Ramai orang yang tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas terhadap Amir kerana tidak ada yang memberitahu mereka atau membantu mereka untuk memahami. Ini menyebabkan kejadian pembulian dan penyindiran terus berlaku terhadap kumpulan mereka (autisme).
Kadangkala saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan punca anak saya begini apabila ada yang bertanyakan tentang keadaan Amir. Seharusnya masyarakat yang harus memahami mereka dan bukan mereka yang perlu memahami masyarakat.

Amir. Kelahiran istimewa saya dan seluruh keluarga saya.

Ciri-ciri autisme ( 1 hingga 7 tahun )

Ciri – Ciri autisme
Semakin awal kanak-kanak mendapat sokongan dan menerima rawatan yang betul semasa perkembangan mereka. Hasil yang baik dapat diperolehi. Terapi akan membantu kanak-kanak menjalani beberapa kaedah rawatan, dan ibu bapa jangan ada perasaan malu. Ini adalah bertujuan bagi pendekatan kepada pembangunan diri kanak-kanak tersebut ke arah yang lebih baik.
Autisme boleh dirawat tetapi tidak boleh dipulihkan.

Ciri-Ciri Autisme ( 1 hingga 7 tahun )

1)      Mengepakkan tangan

-          Apabila kanak-kanak autisme mengalami kegembiraan yang terlampau, mereka akan mengepakkan tangan mereka berkali –kali sebagai tanda menujukkan emosi mereka dalam mood yang sangat ceria.

2)      Menggunakan hujung jari kaki

-          Kanak-kanak autisme suka berjalan menjengkit iaitu menggunakan keseluruhan otot jari kaki untuk bergerak. Ini dapat dilihat pasa usia mereka di antara 1 hingga 3 tahun.

3)      Mengetuk kepala

-          Tingkahlaku ini berlaku secara rawak, kanak-kanak autisme menggetuk kepalanya berulang kali sehinga beberapa minit ataupun jam. Mereka kerap melakukan pada permukaan yang lembut.

4)      Menjerit dan menangis secara tiba-tiba

-          Paling ketara apabila mereka berada ditempat awam. Mereka akan menjerit secara tiba-tiba tanpa mengetahui punca dan penyebab kelakuan begitu. Berkemungkinan kanak-kanak autisme tidak berasa selesa dan selamat berada dikhalayak ramai.
-          Begitu juga dengan keadaan apabila mereka duduk dan bermain bersendirian.

5)      Mengigit atau bertindak secara agresif.

-          Kanak-kanak autisme yang berasa diancam akan bertindak mengigit individu lain ataupun diri mereka sendiri. Mereka tidak mempunyai perasaan menyatakan kesakitan kecuali jika benar-benar sakit itu tidak dapat ditanggung olehnya.
-          Kadang-kala mereka bertindak secara spontan. Mengigit dengan tiba-tiba.

6)      Tingkahlaku yang berulang-ulang dan rutin yang biasa

-          Aktiviti yang mereka fokus dan obsess sahaja menyebabkan tingkahlaku yang sentiasa diulang-ulang.
-          Rutin yan mereka selalu lakukan tidak boleh diubah dengan serta merta. Di dalam kotak pemikiran mereka, rutin tersebut telah diset satu persatu seolah-olah menuruti arahan dan langkah-langkah yang perlu diikuti. JIka rutin mereka berubah, keyakinan diri mula menurun. Mereka mudah merasa gelisah dan tidak konsisten.

7)      Tidak memberikan respon kepada suara dan  / atau pandangan mata

-          Sangat sukar member respon apabila dipanggil berulangkali dan suka mengelak pandangan mata ketika berbual. Begitu juga ketika mahu merakam gambar. Mereka tidak selesa apabila begitu ramai memberikan perhatian kepadanya.

8)      Komunikasi

-          Kelewatan atau kekurangan mencipta dan menyebut ayat yang mudah menyebabkan mereka mengalami kesukaran dengan memulakan atau meneruskan perbualan. Kerap menggunakan bahasa yang tidak fleksible dan berulang. Lambat member respon semasa bermain dan ketika bermain bersama-sama rakan yang lain. Seperti, melontar dan menangkap bola.
-          Mereka mengalami kesukaran menyatakan emosi secara spontan. Lewat menyatakan sesuatu minat atau pencapaian peribadi kepada orang lain dan tindak balas ketika bersosial.

9)      Pergerakan yang stereotaip

-          Pergerakan motor yang berlaku berulangkali dan tidak dapat dikawal oleh individu seperti, kekerapan mengerdip mata, pergerakan kepala yang luar biasa, menarik rambut atau mengigit kuku.

-          Ini boleh dilihat melalui tingkahlaku kanak-kanak autisme

Ciri-ciri autisme (bayi 6 bulan hingga 1 tahun)

Terdapat tanda-tanda awal yang boleh dikesan seawall bayi berusia 6 bulan, tanda-tanda dan gejala boleh berubah-ubah pada setiap peringkat umur bayi. Ibu bapa harus mengambil perananan dengan membuat pemerhatian yang tinggi kepada anak-anak mereka dan mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor pakar. Pengesahan dan tindakan awal sangat penting.

Tanda-tanda awal (Bayi berumur 6 bulan hingga 1 tahun)
- Dapatan ini adalah daripada kajian dan penilaian oleh pakar kanak-kanak.
11)    Kurang memberikan senyuman
-          Ketika bayi berumur 6 bulan, kebiasaannya bayi sudah mula menunjukkan minat untuk bermain atau bergurau. Pada usia ini, bayi biasanya sudah mula ketawa apabila di agah secara spontan. Bayi autisme pula tidak memberikan respon begitu.

22)    Tidak memberi respon kepada bunyi atau menyatakan emosi (ekspresi wajah)
-          Pada usia 9 bulan, bayi autisme kurang memberikan respon ketika bermain dan sangat sukar memahami keaadan mereka kerana bayi autism adakalanya akan menangis dan menjerit secara tiba-tiba tanpa sebab tertentu.

33)     Tidak bertindak balas apabila dipanggil.
-          Bayi kebiasaan pada umur 12  bulan sudah mula minat kepada aktivti-aktiviti yang bising dan lasak. Komunikasi menjadi terarah kepada dua arah atau lebih. Ketika ini bayi sudah mula bercakap beberapa ayat dan sudah memahami arahan yang mudah.
-          Tetapi bayi autisme  tidak bertindak balas apabila namanya dipanggil walaupun berulang kali. Mereka lebih gemar bermain sendirian dan tidak suka diusik ketika sedang bermain.

44)    Tidak ada ‘bicara bayi’ dan  tiada perkataan yang diucapkan
-          Di dapati kebanyakkan bayi yang berusia 1 tahun (12 bulan) mereka sudah boleh meyebut perkataan yang pendek dan mudah walaupun tidak jelas. Pada masa ini, bayi sudah memberikan respon dan menjawab soalan dan arahan dengan mudah.
-          Berbeza bagi bayi autisme, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan sentiasa mengelak dari bertentang mata.  Tidak mampu menyebut perkataan pendek atau menjawab soalan yang mudah. Seperti, “Mana tangan kamu?”

55)    Tiada gerakkan seperti menunjuk, mencapai atau melambai.
-          Apbila mencapai usia 12 bulan, sesetengah bayi sudah boleh menumpukan perhatian kepada aktiviti yang membangunkan kemahiran motor halus mereka, perbuatan seperti menolak, membaling dan mencapai merupakan satu keseronokkan.
-          Bayi autisme pula, mereka lebih gemar bermain secara senyap dan sendirian. Tidak ampuh mengikuti aktivti lasak dan gemar melakukan aktviti yang mudah dan ringan seperti, menyusun mengikut bentuk dan warna,  

66)    Mengelak dari pandangan mata.
-          Bayi autisme suka  mengelak dari bertentang mata. Apabila arahan atau perbualan berlaku, mereka menjawab tetapi tidak menoleh kepada yang bertanya dan ralit melakukan aktiviti yang sedang dibuat.
-          JIka bayi normal, (usia 12 bulan) sangat suka apabila orang dewasa memberikan perhatian dan bermain-main dengan mereka.

sumber : 
http://www.helpguide.org
http://www.autismspeaks.org
http://www.autism.org.uk
http://www.webmd.com/brain/autism/mentalhealth-aspergers-sindrome
http://blog.theautismsite.com/autismsignbaby
http://www.babycanter.com.my



Saturday, 9 December 2017

Autisme

Autisme adalah ganguan perkembangan neuro yang digambarkan melalui kemerosotan bersosial, ganguan komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Tingkahlaku yang terhad dan sentiasa dilakukan berulangkali.

Autisme merupakan kecacatan perkembangan biasa yang melibatkan fungsi otak (Pervasive Development Disorder) dan dianggap sejenis kecacatan neurologi dan bukan kepada kecacatan psikiatris (Psychiatric Disorder) mudah. Walaupun mempunyai ciri-ciri seperti perhubungan sosial, cara berkomunikasai, perasaan kepada emosi, minat, aktiviti harian dan tingkahlaku.

Kebiasaanya ibu bapa yang sudah mempunyai anak yang normal dapat melihat perkembangan anak autisme dalam dua tahun pertama kehidupan anak mereka. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadpaan kanak-kanak.

Ada yang mengatakan bahawa, autism disebabkan oleh kombinasi faktor genetik dan persekitaran. Sesetengah kes pula berkaitan dengan jangkitan tertentu semasa mengandung, termasuk menerima suntikan rubella dan penggunaan alkohol atau penyalahgunaan dadah.

Kebanyakkannya, perkembangan anak autism tidak terjejas, mereka membesar sejajar dengan pertumbuhan tumbesaran kanak-kanak lain, ada juga dikalangan mereka mampu melakukan aktiviti biasa seperti penjagaan diri, sosial dan komunikasi.
Autisme 4 kali lebih kerap berlaku dikalangan lelaki berbanding perempuan, pada masa kini autism boleh dirawat dengan beberapa kaedah dan terapi serta pemantauan dari pakar perubatan, tetapi autisme tidak boleh dipulihkan.

Bagaimanapun autisme lebih kerap didapati pada individu yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran (Learning Disabilities) . Sesetengah individu autisme mampu berjaya dan dipercayai mengalami autisme pada peringkat tertentu. Jenis-jenis tertentu autisme adalah seperti,

Sindrome Asperger
      Sindrome Fragile X
      Sindrome  Landau-Kleffner
      Sindrome Rett
      Sindrome Williams
      Sindrome Kanner

Jabatan Kebajikan akan mengeluarkan kad khas (kad Oku) kepada kanak-kanak warganegara Malaysia setelah disahkan oleh pegawai perubatan sebagai autisme dan telah mendaftar di jabatan (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tersebut.

 Ini adalah bertujuan bagi melayakkan mereka mendapat wang bantuan di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri apabila mereka berada di kelas harian / pemulihan / pendidikan khas.  

Sumber : http://www.autism.org.uk
                wikipedia / autism
                http://www.helpguide.org
                Jabatan Kebajikan Masyarakat - Muar
                Pusat Dalam Komuniti - Sungai Abong - Muar
                http://www.theautismsite.com
                Youtube : The Subtle Signs Of Autism 0-7 Years Old
                Youtube : Unit 1 : Autistic Disorder - behaviorsfronties

Saturday, 11 November 2017

Masalah Pembelajatan (Learning-Disable)

Lembam atau dalam bahasa lainnya dikenali sebagai Learning-Disable  adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang kanak-kanak / pelajar / remaja yang mengalamai masalah di dalam mengikuti pelajaran dan terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pembelajaran yang mudah, dan mempunyai keupayaan yang terhad di dalam akademik yang diperlukan berbanding dengan mereka yang mempunyai keupayaan mencapai objektif dalam akademik pada purata umur yang sama.
            Kanak-kanak ini pada awalnya melalui peringkat perkembangan asas yang sama seperti kanak-kanak yang lain, tetapi pada tempoh tertentu, mereka akan mengalami kemerosotan di dalam perkembangan secara perlahan-lahan. Ia dapat dilihat melalui kemahiran asas seperti menulis, membaca dan mengira. Daya ingatan mereka juga tidak kuat dan mudah lupa dalam hanya beberapa minit sahaja.
            Mereka juga mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya kerana mereka perlu memikir dengan dalam dan ini menyebabkan mereka lebih banyak berdiam diri dan hanya bertindak secara emosi apabila diberi tekanan yang kuat. Mereka mungkin mempunyai keyakinan diri yang lemah dan menyebabkan mereka merasakan mempunyai harga diri yang rendah
 Ujian IQ bukanlah salah satu asbab untuk mendiagnosis kanak-kanak sebagai Learning-Disable, skor pencapaian mereka adalah melalui penilaian, psikologi dan pemeriksaan daripada doktor adalah sangat penting. Ada juga dikalangan mereka mempunyai kecacatan fizikal dan menghalang kemajuan pendidikan dan perkembangan peribadi.

Kanak-kanak ini biasanya akan dilabelkan sebagai pengacau / pengganggu di dalam kelas dan adakalanya terlibat dengan masalah displin. Ini adalah kerana mereka tidak memahami pelajaran dan tidak dapat fokus ketika guru mengajar. Tumpuan mereka hilang kerana tidak menerima input dengan baik, dan ini memberikan imej yang  negatif kepada mereka. Tetapi apabila ditempatkan bersama-sama dengan kanak-kanak / pelajar yang mempunyai kondisi pembelajaran yang sama, mereka menerima hakikat dan perlahan-lahan pengurusan tingkahlaku berubah kepada lebih positif. 

Kisah Responden Kedua - Anak Lembam

Responden kedua : Keluarga yang mempunyai seorang anak perempuan, dan seorang anak lelaki.

Soalan : Boleh Puan perkenalkan diri Puan dan cerita serba sedikit tentang Ismail (bukan nama sebenar) ?

Jawapan : Saya Salmah (bukan nama sebenar) ibu kepada Ismail, bekerja sendiri dengan mengambil upah menjahit dan menjual pokok-pokok bunga.  Suami saya pula bekerja sendiri sebagai pekebun dan Ismail adalah anak kedua saya, dia gemar memancing dan sangat sukakan kucing.  Pernah membela ikan, arnab dan burung, tetapi minatnya hanya sekejap sahaja. Saya dan kakaknya akan mengambil alih menjaga haiwan peliharaan, yang hidup sehingga kini hanya ikan Gappy ini sahaja.

Soalan : Adakah Puan faham apa yang di alami oleh anak puan, dan bagaimana puan mengetahuinya?

Jawapan : Ismail semasa kecil membesar seperti kanak-kanak biasa. Apabila dia berumur di antara 1- 2 tahun, saya lihat Ismail tidak boleh menyebut perkataan, dalam fikiran saya mungkin dia lewat bercakap. Tetapi apabila pada usia 4 tahun dia tidak boleh bercakap, saya agak risau. Dia nampak lebih aktif berbanding rakan sebayanya yang lain.  Pada usia 5 dan 6 tahun saya masukkan dia ke KEMAS, tetapi dia tidak dapat mengikuti kelas dan belajar dengan sempurna.

            Ismail juga seorang yang sensitif dan mudah kalut, jika dimarahi guru, dia akan terkencing dan tidak dapat mengawalnya. Kemudian saya bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan doktor, doktor mengesahkan anak saya  lewat perkembangan dan diletakkan di dalam kelas pendidikan khas. Dia juga perlu mengikuti beberapa prosedur terapi dan  dari segi kesihatan pula, dia tidak mengalami sebarang masalah.

            Pada usia 7 tahun, dengan surat pengesahan doktor saya bawa anak saya untuk pendaftaran sesi persekolahan. Sekarang, dia sudah mampu mengurus diri sendiri, faham arahan dan ada emosi. Kadang-kadang saya ambil beberapa minit untuk memahami apa yang di mahu, kerana dia tidak boleh bertutur dengan baik.

Soalan : Adakah puan mengikuti sesi terapi berkala?

Jawapan : Tidak, hanya beberapa kali sahaja. Ismail tidak mahu dan menagis kuat apabila di bawa ke hospital. Saya dan suami pula tidak mempunyai kenderaan ketika itu, menumpang orang yang mahu ke bandar.  Hampir 1 jam jarak perjalanan dari rumah kami ke hospital.

Soalan : Bagaimana Puan mendidik Ismail dari segi pelajaran dan duduk dalam kelompok masyarakat setempat?

Jawapan : Ismail mempunyai daya ingatan yang baik hanya jika perkara yang dia minat, seperti memancing, lawatan sekolah, permainan, berjalan bersama keluarga dan dia boleh menghafal selok belok jalan dengan baik. Dari segi pembelajaran pula, Ismail tidak dapat menghafal dengan baik, mudah bosan dan tertekan apabila saya atau kakaknya mengajar di rumah.

            Saya tidak menekankan matapelajaran atau memaksa anak saya belajar seperti kanak-kanak lain, Ismail adalah istimewa bagi saya. Saya pernah menghantarnya ke sekolah agama tetapi terpaksa diberhentikan kerana Ismail memaklumkan kepada saya, cikgunya tidak ramah dan dia selalu dibuli rakan-rakan. Tujuan saya menghantar Ismail, supaya dia dapat belajar mengaji ataupun bersolat. Kini perkara tersebut, saya latih sendiri sahaja di rumah.

            Ayahnya sangat rajin membawa Ismail keluar ke kedai kopi dan minuman kegemarannya adalah Milo. Setiap minggu menjadi rutin yang wajib membawa Ismail ke pekan. Ismail juga boleh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti kenduri kahwin, dia akan membantu mengangkat pinggan dan gelas kotor untuk dibasuh.
            Ismail lebih selesa berkawan dengan rakan yang di bawah umurnya, kerana perkembangan mereka yang sama.

*****
            Puan Salmah tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap anaknya Ismail. Cuma beliau berharap Ismail mampu mengurus diri dengan baik, kelak boleh bekerja dengan pendapatan sendiri walaupun tidak pandai membaca, menulis dan mengira.  Untuk masa depan Ismail, Puan Salmah akan mendorong anaknya untuk belajar kemahiran di mana-mana sekolah vokasional atau institusi yang menawarkan kelas kemahiran yang bersesuaian dengan minat anaknya.


            Biarlah Ismail belajar kemahiran dan memahirkan diri. Tidak pandai membaca, menulis dan mengira, tetapi dengan mempelajari sesuatu yang dia minat mampu mencerdaskan mindanya dengan hafalan sahaja. Kemahiran itu perlu, menjadi pelapik kepada kekurangan yang sedia ada.