Sunday 24 December 2017

BADAN NGO - Kumpulan Sokongan Autisme

Selain daripada NASOM dan PERSATUAN AUTISME MUSLIM MALAYSIA, masih terdapat beberapa lagi organisasi bukan kerajaan yang membantu menyumbang perkhidmatan-perkhimatan kepada kumpulan autisme bersama-sama komuniti bagi menjayakan objektif, misi dan visi masing-masing.
Ia adalah satu perkembangan yang sihat menunjukkan bahawa golongan autisme sentiasa mendapat perhatian bagi mana-mana pihak dan ia bukanlah perkara yang medatangkan hal yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
Kewujudan beberapa kumpulan bukan kerajaan tidak boleh dipandang enteng, ia adalah salah satu cabangan yang baik, bagi memperkenalkan dan menjelaskan kepada masyarakat bahawa autisme itu adalah satu perkara yang istimewa untuk dikenali dan diketahui.
Berikut di antara senarai pendek badan bukan kerajaan yang memberikan perkhidmatan dan sokongan kepada ibu bapa , penjaga kanak-kanak autisme.
1-      PERSATUAN PENJAGAAN DAN LATIHAN KANAK-KANAK AUTISTIK HUA MING (Hua Ming Autism Society)
-          Hua Ming ditubuhkan pada tahun 1996 oleh sekumpulan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak autisme. Persatuan ini menyediakan pendidikan khas, latihan dan terapi serta kaunseling kepada ibu bapa / penjaga dan keluarga.
-          Melalui Program TEACCH (Treatment and Education of Autistic and Related Communication Handicapped Children) dan Program ABA (Applied Behaviour Analysis) yang dibangunkan di Amerika Syarikat.
-          Di antara matlamat persatuan ini adalah dengan memberikan penekanan khusus untuk membantu mereka hidup bersama dengan keluarga dan kelompok masyarkat dengan lebih berkesan. Ibu bapa dan penjaga juga diberikan latihan untuk membantu anak atau anggota keluarga autisme mengatasi masalah tingkah laku dan meningkatkan kemahiran belajar, sosial dan bahasa.
-           Pusat Penjagaan dan Latihan Kanak-Kanak Autisme Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Selangor beralamat ;

25, Jalan Sri Manja 12 (PJS 3/47)
Taman Sri Manja, batu 6 ¾ Off Jalan Klang Lama
46000 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Nombor telefon : (6)03 – 7770 2080
Email : hmas@autism.org.my 

2-      IDEAS AUTISME CENTRE (IAC) – Pusat Autisme IDEAS
-          Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mengambil langkah dengan menubuhkan Pusat Autisme IDEAS (IAC) di Rawang, Selangor dan didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-          Berfungsi menyediakan penjagaan dan pendidikan intervensi awal untuk kanak-kanak autisme di bawah usia 9 tahun dengan  ibu bapa atau penjaga yang mempunyai pendapatan rendah.
-          Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Austisme IDEAS adalah seperti:
Terapi Pertuturan – yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan bahasa setiap kanak-kanak autisme.
Terapi Pekerjaan – untuk meningkatkan kemahiran motor halus setiap kanak-kanak autisme
Penjagaan Pakar Psikiatri- IAC menawarkan temujanji lisan bulanan bersama pakar klinikal dari UiTM Kampus Selayang, di mana sesi terapi lisan kebiasannya mengambil tempoh berbula lamanya.
Analisis Perilaku Terapan – Biasanya ini dilakukan oleh guru dan ahli terapi yang bertauliah bagi perkembangan dan memperbetulkan tingkah laku menggunakan kaedah yang disediakan.
-          Pusat ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kanak-kanak yang mengikuti IAC diberi pendedahan melalui perkhidmatan penjagaan harian, terapi, serta sokongan pendidikan sebagai persediaan mereka untuk belajar di sekolah harian (arus perdana). Selain daripada itu, pusat ini juga menyediakan makanan berdasarkan garis panduan pemakanan yang sihat.
-          Kaedah pembelajaran di Pusat Autisme IDEAS diilhamkan melalui aturan prinsip-prinsip program rawatan tingkahlaku intensif berasaskan rumah dan analisis perilaku terpakai atau ABA.
-          Kurikulum IAC berpandukan kurikulum Pendidikan Khas Kebangsaan, di mana setiap kanak-kanak akan dinilai terlebih dahulu kemudian disusun berdasarkan kemajuan dan penilaian mereka pada setiap 6 bulan sekali.
-          Pusat Autisme IDEAS beralamat ;
Jalan Bukti Templer,
68100 Batu Caves, Selangor
Nombor Telefon : 03 6091 7330

Website :http://www.autism.ideas.org.my

No comments:

Post a Comment