Lembam
atau dalam bahasa lainnya dikenali sebagai Learning-Disable
adalah istilah yang digunakan untuk
menggambarkan seorang kanak-kanak / pelajar / remaja yang mengalamai masalah di
dalam mengikuti pelajaran dan terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif
pembelajaran yang mudah, dan mempunyai keupayaan yang terhad di dalam akademik
yang diperlukan berbanding dengan mereka yang mempunyai keupayaan mencapai
objektif dalam akademik pada purata umur yang sama.
Kanak-kanak ini pada awalnya melalui
peringkat perkembangan asas yang sama seperti kanak-kanak yang lain, tetapi
pada tempoh tertentu, mereka akan mengalami kemerosotan di dalam perkembangan
secara perlahan-lahan. Ia dapat dilihat melalui kemahiran asas seperti menulis,
membaca dan mengira. Daya ingatan mereka juga tidak kuat dan mudah lupa dalam
hanya beberapa minit sahaja.
Mereka juga mengalami masalah untuk
berkomunikasi dengan rakan sebaya kerana mereka perlu memikir dengan dalam dan
ini menyebabkan mereka lebih banyak berdiam diri dan hanya bertindak secara
emosi apabila diberi tekanan yang kuat. Mereka mungkin mempunyai keyakinan diri
yang lemah dan menyebabkan mereka merasakan mempunyai harga diri yang rendah
Ujian
IQ bukanlah salah satu asbab untuk mendiagnosis kanak-kanak sebagai Learning-Disable, skor pencapaian mereka
adalah melalui penilaian, psikologi dan pemeriksaan daripada doktor adalah
sangat penting. Ada juga dikalangan mereka mempunyai kecacatan fizikal dan
menghalang kemajuan pendidikan dan perkembangan peribadi.
Kanak-kanak ini biasanya akan dilabelkan
sebagai pengacau / pengganggu di dalam kelas dan adakalanya terlibat dengan
masalah displin. Ini adalah kerana mereka tidak memahami pelajaran dan tidak dapat
fokus ketika guru mengajar. Tumpuan mereka hilang kerana tidak menerima input
dengan baik, dan ini memberikan imej yang
negatif kepada mereka. Tetapi apabila ditempatkan bersama-sama dengan
kanak-kanak / pelajar yang mempunyai kondisi pembelajaran yang sama, mereka
menerima hakikat dan perlahan-lahan pengurusan tingkahlaku berubah kepada lebih
positif.
No comments:
Post a Comment