Ciri – Ciri autisme
Semakin awal kanak-kanak mendapat sokongan dan menerima
rawatan yang betul semasa perkembangan mereka. Hasil yang baik dapat
diperolehi. Terapi akan membantu kanak-kanak menjalani beberapa kaedah rawatan,
dan ibu bapa jangan ada perasaan malu. Ini adalah bertujuan bagi pendekatan
kepada pembangunan diri kanak-kanak tersebut ke arah yang lebih baik.
Autisme boleh dirawat tetapi tidak boleh dipulihkan.
Ciri-Ciri Autisme ( 1 hingga 7 tahun )
1)
Mengepakkan tangan
-
Apabila kanak-kanak autisme mengalami
kegembiraan yang terlampau, mereka akan mengepakkan tangan mereka berkali –kali
sebagai tanda menujukkan emosi mereka dalam mood yang sangat ceria.
2)
Menggunakan hujung jari kaki
-
Kanak-kanak autisme suka berjalan menjengkit
iaitu menggunakan keseluruhan otot jari kaki untuk bergerak. Ini dapat dilihat
pasa usia mereka di antara 1 hingga 3 tahun.
3)
Mengetuk kepala
-
Tingkahlaku ini berlaku secara rawak,
kanak-kanak autisme menggetuk kepalanya berulang kali sehinga beberapa minit
ataupun jam. Mereka kerap melakukan pada permukaan yang lembut.
4)
Menjerit dan menangis secara tiba-tiba
-
Paling ketara apabila mereka berada ditempat
awam. Mereka akan menjerit secara tiba-tiba tanpa mengetahui punca dan penyebab
kelakuan begitu. Berkemungkinan kanak-kanak autisme tidak berasa selesa dan
selamat berada dikhalayak ramai.
-
Begitu juga dengan keadaan apabila mereka duduk
dan bermain bersendirian.
5)
Mengigit atau bertindak secara agresif.
-
Kanak-kanak autisme yang berasa diancam akan
bertindak mengigit individu lain ataupun diri mereka sendiri. Mereka tidak
mempunyai perasaan menyatakan kesakitan kecuali jika benar-benar sakit itu
tidak dapat ditanggung olehnya.
-
Kadang-kala mereka bertindak secara spontan.
Mengigit dengan tiba-tiba.
6)
Tingkahlaku yang berulang-ulang dan rutin yang
biasa
-
Aktiviti yang mereka fokus dan obsess sahaja
menyebabkan tingkahlaku yang sentiasa diulang-ulang.
-
Rutin yan mereka selalu lakukan tidak boleh
diubah dengan serta merta. Di dalam kotak pemikiran mereka, rutin tersebut telah
diset satu persatu seolah-olah menuruti arahan dan langkah-langkah yang perlu
diikuti. JIka rutin mereka berubah, keyakinan diri mula menurun. Mereka mudah
merasa gelisah dan tidak konsisten.
7)
Tidak memberikan respon kepada suara dan / atau pandangan mata
-
Sangat sukar member respon apabila dipanggil
berulangkali dan suka mengelak pandangan mata ketika berbual. Begitu juga
ketika mahu merakam gambar. Mereka tidak selesa apabila begitu ramai memberikan
perhatian kepadanya.
8)
Komunikasi
-
Kelewatan atau kekurangan mencipta dan menyebut
ayat yang mudah menyebabkan mereka mengalami kesukaran dengan memulakan atau
meneruskan perbualan. Kerap menggunakan bahasa yang tidak fleksible dan
berulang. Lambat member respon semasa bermain dan ketika bermain bersama-sama rakan
yang lain. Seperti, melontar dan menangkap bola.
-
Mereka mengalami kesukaran menyatakan emosi
secara spontan. Lewat menyatakan sesuatu minat atau pencapaian peribadi kepada
orang lain dan tindak balas ketika bersosial.
9)
Pergerakan yang stereotaip
-
Pergerakan motor yang berlaku berulangkali dan
tidak dapat dikawal oleh individu seperti, kekerapan mengerdip mata, pergerakan
kepala yang luar biasa, menarik rambut atau mengigit kuku.
-
Ini boleh dilihat melalui tingkahlaku
kanak-kanak autisme
No comments:
Post a Comment