PERSATUAN AUTISME
MUSLIM MALAYSIA (Facebook- Autisme Malaysia)
Persatuan Autisme
Muslim Malaysia yang juga dikenali sebagai Autisme Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 19 Julai 2012 beralamat
di 2F-2,Jalan Raya 2, Kawasan Perindustrian
Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor yang di pengerusikan oleh
Encik Zamri Bin Tembol.
Menggunakan perkataan
“muslim” , bukan menjadi halangan kepada masyarakat bukan islam untuk turut
sama menyertai persatuan dengan menjadi ahli bersekutu dan menyertai apa-apa
aktiviti serta menikmati faedah sebagai ahli. Persatuan ini dikendalikan
sepenuhnya oleh ibu bapa yang mempunyai autisme.
Melalui perkongsian di
dalam “facebook”, persatuan ini mengumpulkan seramai mungkin penyertaan dari
kalangan kumpulan autisme, ibubapa yang mempunyai anak autisme, kumpulan
professional, pakar kanak-kanak, pakar psykologi, guru-guru dan orang awam.
Memiliki ribuan ahli
dari pelbagai agama dan bangsa. Ia ditubuhkan sebagai medium komunikasi dan
perkongsian anggota persatuan. Berbicara pelbagai perkara khususnya aktiviti
harian, perkembangan kanak-kanak, persoalan, cadangan yang menjurus kepada
anak-anak autisme dan perjumpaan dari masa ke semasa juga diadakan.
Dengan berkongsi
maklumat dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai autisme serta
memperjuangkan hak-hak anak-anak autisme muslim dan bukan muslim meluas.
Ibubapa atau penjaga yang mempunyai anggota keluarga autisme adalah sangat
digalakkan untuk menyertai, bahkan melalui persatuan ini, memberikan
pengetahuan yang luas melalui pendidikan formal dan separa formal melalui
seminar, bengkel dan forum yang disediakan.
Ia bukan sesuatu yang
merugikan, kerana persatuan ini menjalinkan kerjasama pintar dengan beberapa
institusi penyelidikan, badan kerajaan mahupun organisasi-organisasi yang
berminat untuk bersama-sama membangunkan taraf pendidikan, perubatan dan
kebajikan anak-anak autisme.
Selain itu, persatuan
ini juga menjalankan aktivti –aktiviti bersama-sama ahli, juga masyarakat bagi
menerima dan mengumpul dana bagi
perjalanan dan matlamat persatuan.
Sumber : www.autisme-malaysia.com
Assalmualaikum
ReplyDeleteAda tak pusat jagaan sepenuh masa seperti rumah anak-anak yatim dan pusat jagaan warga emas untuk anak-anak istemewa.
Buat masa sekarang anak masih dibawah jagaan ibunya. tetapi ibunya memikirkan jika sesuatu yang menimpa dirinya, siapa yang akan menjaga anak beliau.