Responden
kedua : Keluarga yang
mempunyai seorang anak perempuan, dan seorang anak lelaki.
Soalan : Boleh
Puan perkenalkan diri Puan dan cerita serba sedikit tentang Ismail (bukan nama
sebenar) ?
Jawapan :
Saya Salmah (bukan nama sebenar) ibu kepada Ismail, bekerja sendiri dengan
mengambil upah menjahit dan menjual pokok-pokok bunga. Suami saya pula bekerja sendiri sebagai
pekebun dan Ismail adalah anak kedua saya, dia gemar memancing dan sangat
sukakan kucing. Pernah membela ikan,
arnab dan burung, tetapi minatnya hanya sekejap sahaja. Saya dan kakaknya akan
mengambil alih menjaga haiwan peliharaan, yang hidup sehingga kini hanya ikan Gappy ini sahaja.
Soalan :
Adakah Puan faham apa yang di alami oleh anak puan, dan bagaimana puan
mengetahuinya?
Jawapan :
Ismail semasa kecil membesar seperti kanak-kanak biasa. Apabila dia berumur di
antara 1- 2 tahun, saya lihat Ismail tidak boleh menyebut perkataan, dalam
fikiran saya mungkin dia lewat bercakap. Tetapi apabila pada usia 4 tahun dia
tidak boleh bercakap, saya agak risau. Dia nampak lebih aktif berbanding rakan
sebayanya yang lain. Pada usia 5 dan 6
tahun saya masukkan dia ke KEMAS, tetapi dia tidak dapat mengikuti kelas dan
belajar dengan sempurna.
Ismail juga seorang yang sensitif dan mudah kalut, jika
dimarahi guru, dia akan terkencing dan tidak dapat mengawalnya. Kemudian saya
bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan doktor, doktor mengesahkan anak saya lewat perkembangan dan diletakkan di dalam kelas
pendidikan khas. Dia juga perlu mengikuti beberapa prosedur terapi dan dari segi kesihatan pula, dia tidak mengalami
sebarang masalah.
Pada usia 7 tahun, dengan surat pengesahan doktor saya
bawa anak saya untuk pendaftaran sesi persekolahan. Sekarang, dia sudah mampu
mengurus diri sendiri, faham arahan dan ada emosi. Kadang-kadang saya ambil
beberapa minit untuk memahami apa yang di mahu, kerana dia tidak boleh bertutur
dengan baik.
Soalan :
Adakah puan mengikuti sesi terapi berkala?
Soalan :
Bagaimana Puan mendidik Ismail dari segi pelajaran dan duduk dalam kelompok
masyarakat setempat?
Jawapan : Ismail mempunyai
daya ingatan yang baik hanya jika perkara yang dia minat, seperti memancing,
lawatan sekolah, permainan, berjalan bersama keluarga dan dia boleh menghafal
selok belok jalan dengan baik. Dari segi pembelajaran pula, Ismail tidak dapat
menghafal dengan baik, mudah bosan dan tertekan apabila saya atau kakaknya
mengajar di rumah.
Saya tidak menekankan matapelajaran atau memaksa anak
saya belajar seperti kanak-kanak lain, Ismail adalah istimewa bagi saya. Saya
pernah menghantarnya ke sekolah agama tetapi terpaksa diberhentikan kerana
Ismail memaklumkan kepada saya, cikgunya tidak ramah dan dia selalu dibuli
rakan-rakan. Tujuan saya menghantar Ismail, supaya dia dapat belajar mengaji
ataupun bersolat. Kini perkara tersebut, saya latih sendiri sahaja di rumah.
Ayahnya sangat rajin membawa Ismail keluar ke kedai kopi
dan minuman kegemarannya adalah Milo. Setiap minggu menjadi rutin yang wajib
membawa Ismail ke pekan. Ismail juga boleh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan
seperti kenduri kahwin, dia akan membantu mengangkat pinggan dan gelas kotor
untuk dibasuh.
Ismail lebih selesa berkawan dengan rakan yang di bawah
umurnya, kerana perkembangan mereka yang sama.
*****
Puan Salmah tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap
anaknya Ismail. Cuma beliau berharap Ismail mampu mengurus diri dengan baik, kelak
boleh bekerja dengan pendapatan sendiri walaupun tidak pandai membaca, menulis
dan mengira. Untuk masa depan Ismail,
Puan Salmah akan mendorong anaknya untuk belajar kemahiran di mana-mana sekolah
vokasional atau institusi yang menawarkan kelas kemahiran yang bersesuaian
dengan minat anaknya.
Biarlah Ismail belajar kemahiran dan memahirkan diri.
Tidak pandai membaca, menulis dan mengira, tetapi dengan mempelajari sesuatu
yang dia minat mampu mencerdaskan mindanya dengan hafalan sahaja. Kemahiran itu
perlu, menjadi pelapik kepada kekurangan yang sedia ada.
No comments:
Post a Comment