Definasi Orang Kurang Upaya menurut WHO (World Health Organisation) adalah
kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang mempunyai
ketidakupayaan meliputi masalah kecatatan menyebabkan mereka terhalang oleh aktiviti dan sekatan penyertaan. Masalah dalam
fungsi badan atau stuktur yang menyebabkan batasan aktivti yang dihadapi oleh
individu melaksanakan tugas atau tindakan di dalam penglibatan situasi
kehidupan harian.
Ia juga bukan sekadar masalah kesihatan, tetapi adalah satu
fenomena yang rumit mencerminkan onteraksi antara cirri-ciri tubuh seseorang
(Orang Kurang Upaya) dengan masyarakat.
Untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh Orang Kurang
Upaya, penglibatan masyarakat umum dan badan sokongan bukan kerajaan (NGO)
bergabung bagi menghilangkan jurang halangan antara persekitaran dan sosial
bagi mereka (Orang Kurang Upaya)
No comments:
Post a Comment