Responden
pertama : Keluarga yang mempunyai 6 orang anak dan 3 daripadanya adalah pelajar
pendidikan khas.
Soalan :
Semasa mereka kecil, adalah puan dapat mengesan yang mereka ini adalah
kanak-kanak yang perkembangannya lewat seperti kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya?
Jawapan :
Tidak, saya lihat anak-anak saya membesar dan bermain seperti kanak-kanak
biasa. Tidak pula menunjukkan mereka ini mengalami masalah. Mereka tidak pernah
sakit teruk, jatuh, atau terlibat dengan sebarang kemalangan.
Soalan :
Ketika umur berapakah puan dapat mengesan ketiga-tiga anak puan seorang pelajar
yang lemah dalam pembelajaran? Boleh puan ceritakan?
Jawapan :
Ketika mereka berada di sekolah rendah. Pihak sekolah ada memaklumkan anak saya
Ina (bukan nama sebenar) tidak bercakap dan tidak memberikan respon kepada guru yang mengajar di dalam kelas, dan Ina tidak
mempunyai kawan di sekolah. Guru juga memaklumkan anak saya tidak memberikan
respon apabila ditanya soalan, sedangkan di rumah kami berbual seperti biasa.
Ina dimasukkan ke dalam kelas pendidikan khas ketika berumur 10 tahun.
Anak saya yang bernama Aidah (bukan nama sebenar) juga
dikatakan seperti kakaknya. Mereka hanya duduk berdua apabila waktu rehat.
Tidak bercakap dengan orang lain kecuali dengan kakaknya sendiri, dan guru
memberitahu, walaupun mereka berbual, butiran perbualan mereka tidak dapat
didengar dengan jelas. Berbanding Aida, Ina boleh dikatakan lebih pandai kerana
boleh membaca dan mengira perkataan atau matematik yang ringkas, manaka Aida
tidak tahu lansung. Aida pula dimasukkan ke kelas pendidikan khas ketika
berusia 8 tahun
Anak lelaki saya yang bongsu seorang yang gagap,
mempunyai kawan dan boleh berkomunikasi di sekolah tetapi lambat membaca dan mengira.
Kerja sekolah tidak pernah siap kerana saya dan ayahnya tidak pandai mengajar.
Dia dimasukkan ke kelas pendidikan khas ketika berumur 11 tahun.
Soalan :
Apa pandangan masyarakat terhadap puan yang mempunyai 3 orang anak yang berada di dalam kelas
pendidikan khas?
Jawapan :
Saya tiada masalah berkenaan perkara tersebut, anak saya tidak pandai membaca
atau mengira tetapi mereka boleh membantu saya dan ayah mereka membuat kerja
serta mendengar arahan saya dengan baik. Itu sudah memadai.
Soalan :
Adakah semasa puan mengandung, puan mengalami alahan yang teruk atau puan
mengalami masalah kesihatan atau puan makan sebarang ubat-ubatan?
Jawapan : Seingat saya, sepanjang saya mengandungkan
mereka, saya tidak mengalami masalah dan sihat seperti ibu-ibu yang lain.
Soalan :
Adakah puan dan suami mengetahui ciri-ciri lembam dan cara mengatasinya.
Jawapan :
Saya tidak tahu tentang lembam dan ciri-ciri yang berkaitan, apa yang saya
faham kanak-kanak yang lembam tidak pandai dan lambat membuat kerja. Itu yang
saya lihat pada anak-anak saya, tetapi dari pengurusan diri dan menguruskan
rumah tangga, mereka boleh melakukannya walaupun sedikit lambat. Hasilnya masih
memuaskan hati saya.
*****
Ibu bapa ini tidak melihat anak mereka sebagai
seorang yang mempunyai kekurangan kerana tiada kecacatan fizikal dan hanya
lambat menerima pelajaran di sekolah. Dari segi faktor ekonomi, keluarga ini ada
pendapatan yang stabil dan suasana kediaman yang sempurna. Menitik beratkan
sikap kekeluargaan dan saling mengambil
perhatian sesama sendiri menjadikan ia satu faktor yang sangat baik dalam
institusi kekeluargaan.
Walaupun
Aidah sudah tamat sekolah menengah, tidakmahu belajar walaupun sudah dipaksa
berkali-kali, dan akhurnya Puan Siti mengambil pendekatan memberi latihan
sahaja di rumah seperti memasak dan
mengurus rumah tangga dan perkerjaan tersebut dilakukan bersama-sama kerana
Puan Siti tidak bekerja. Manakala Ina pula dihantar ke Pusat Giat Mara untuk
mengikuti kelas latihan kemahiran yang bersesuaian. Kata puan ini, untuk anak
bongsunya, dia akan lakukan perkara yang sama seperti kakaknya yang menyambung
pengajian dalam bidang kemahiran. Katanya lagi, biarlah anak ini tidak pandai
dalam pelajaran tetapi pandai dalam kemahiran. Masih memasang harapan yang
tinggi agar anak-anak mereka dapat diterima dan menyesuaikan diri dalam
masyarakat serta zaman yang penuh dengan dugaan.
No comments:
Post a Comment