Saturday, 11 November 2017

Masalah Pembelajatan (Learning-Disable)

Lembam atau dalam bahasa lainnya dikenali sebagai Learning-Disable  adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seorang kanak-kanak / pelajar / remaja yang mengalamai masalah di dalam mengikuti pelajaran dan terlalu lambat untuk mencapai satu-satu objektif pembelajaran yang mudah, dan mempunyai keupayaan yang terhad di dalam akademik yang diperlukan berbanding dengan mereka yang mempunyai keupayaan mencapai objektif dalam akademik pada purata umur yang sama.
            Kanak-kanak ini pada awalnya melalui peringkat perkembangan asas yang sama seperti kanak-kanak yang lain, tetapi pada tempoh tertentu, mereka akan mengalami kemerosotan di dalam perkembangan secara perlahan-lahan. Ia dapat dilihat melalui kemahiran asas seperti menulis, membaca dan mengira. Daya ingatan mereka juga tidak kuat dan mudah lupa dalam hanya beberapa minit sahaja.
            Mereka juga mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya kerana mereka perlu memikir dengan dalam dan ini menyebabkan mereka lebih banyak berdiam diri dan hanya bertindak secara emosi apabila diberi tekanan yang kuat. Mereka mungkin mempunyai keyakinan diri yang lemah dan menyebabkan mereka merasakan mempunyai harga diri yang rendah
 Ujian IQ bukanlah salah satu asbab untuk mendiagnosis kanak-kanak sebagai Learning-Disable, skor pencapaian mereka adalah melalui penilaian, psikologi dan pemeriksaan daripada doktor adalah sangat penting. Ada juga dikalangan mereka mempunyai kecacatan fizikal dan menghalang kemajuan pendidikan dan perkembangan peribadi.

Kanak-kanak ini biasanya akan dilabelkan sebagai pengacau / pengganggu di dalam kelas dan adakalanya terlibat dengan masalah displin. Ini adalah kerana mereka tidak memahami pelajaran dan tidak dapat fokus ketika guru mengajar. Tumpuan mereka hilang kerana tidak menerima input dengan baik, dan ini memberikan imej yang  negatif kepada mereka. Tetapi apabila ditempatkan bersama-sama dengan kanak-kanak / pelajar yang mempunyai kondisi pembelajaran yang sama, mereka menerima hakikat dan perlahan-lahan pengurusan tingkahlaku berubah kepada lebih positif. 

Kisah Responden Kedua - Anak Lembam

Responden kedua : Keluarga yang mempunyai seorang anak perempuan, dan seorang anak lelaki.

Soalan : Boleh Puan perkenalkan diri Puan dan cerita serba sedikit tentang Ismail (bukan nama sebenar) ?

Jawapan : Saya Salmah (bukan nama sebenar) ibu kepada Ismail, bekerja sendiri dengan mengambil upah menjahit dan menjual pokok-pokok bunga.  Suami saya pula bekerja sendiri sebagai pekebun dan Ismail adalah anak kedua saya, dia gemar memancing dan sangat sukakan kucing.  Pernah membela ikan, arnab dan burung, tetapi minatnya hanya sekejap sahaja. Saya dan kakaknya akan mengambil alih menjaga haiwan peliharaan, yang hidup sehingga kini hanya ikan Gappy ini sahaja.

Soalan : Adakah Puan faham apa yang di alami oleh anak puan, dan bagaimana puan mengetahuinya?

Jawapan : Ismail semasa kecil membesar seperti kanak-kanak biasa. Apabila dia berumur di antara 1- 2 tahun, saya lihat Ismail tidak boleh menyebut perkataan, dalam fikiran saya mungkin dia lewat bercakap. Tetapi apabila pada usia 4 tahun dia tidak boleh bercakap, saya agak risau. Dia nampak lebih aktif berbanding rakan sebayanya yang lain.  Pada usia 5 dan 6 tahun saya masukkan dia ke KEMAS, tetapi dia tidak dapat mengikuti kelas dan belajar dengan sempurna.

            Ismail juga seorang yang sensitif dan mudah kalut, jika dimarahi guru, dia akan terkencing dan tidak dapat mengawalnya. Kemudian saya bawa dia ke hospital untuk pemeriksaan doktor, doktor mengesahkan anak saya  lewat perkembangan dan diletakkan di dalam kelas pendidikan khas. Dia juga perlu mengikuti beberapa prosedur terapi dan  dari segi kesihatan pula, dia tidak mengalami sebarang masalah.

            Pada usia 7 tahun, dengan surat pengesahan doktor saya bawa anak saya untuk pendaftaran sesi persekolahan. Sekarang, dia sudah mampu mengurus diri sendiri, faham arahan dan ada emosi. Kadang-kadang saya ambil beberapa minit untuk memahami apa yang di mahu, kerana dia tidak boleh bertutur dengan baik.

Soalan : Adakah puan mengikuti sesi terapi berkala?

Jawapan : Tidak, hanya beberapa kali sahaja. Ismail tidak mahu dan menagis kuat apabila di bawa ke hospital. Saya dan suami pula tidak mempunyai kenderaan ketika itu, menumpang orang yang mahu ke bandar.  Hampir 1 jam jarak perjalanan dari rumah kami ke hospital.

Soalan : Bagaimana Puan mendidik Ismail dari segi pelajaran dan duduk dalam kelompok masyarakat setempat?

Jawapan : Ismail mempunyai daya ingatan yang baik hanya jika perkara yang dia minat, seperti memancing, lawatan sekolah, permainan, berjalan bersama keluarga dan dia boleh menghafal selok belok jalan dengan baik. Dari segi pembelajaran pula, Ismail tidak dapat menghafal dengan baik, mudah bosan dan tertekan apabila saya atau kakaknya mengajar di rumah.

            Saya tidak menekankan matapelajaran atau memaksa anak saya belajar seperti kanak-kanak lain, Ismail adalah istimewa bagi saya. Saya pernah menghantarnya ke sekolah agama tetapi terpaksa diberhentikan kerana Ismail memaklumkan kepada saya, cikgunya tidak ramah dan dia selalu dibuli rakan-rakan. Tujuan saya menghantar Ismail, supaya dia dapat belajar mengaji ataupun bersolat. Kini perkara tersebut, saya latih sendiri sahaja di rumah.

            Ayahnya sangat rajin membawa Ismail keluar ke kedai kopi dan minuman kegemarannya adalah Milo. Setiap minggu menjadi rutin yang wajib membawa Ismail ke pekan. Ismail juga boleh melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti kenduri kahwin, dia akan membantu mengangkat pinggan dan gelas kotor untuk dibasuh.
            Ismail lebih selesa berkawan dengan rakan yang di bawah umurnya, kerana perkembangan mereka yang sama.

*****
            Puan Salmah tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap anaknya Ismail. Cuma beliau berharap Ismail mampu mengurus diri dengan baik, kelak boleh bekerja dengan pendapatan sendiri walaupun tidak pandai membaca, menulis dan mengira.  Untuk masa depan Ismail, Puan Salmah akan mendorong anaknya untuk belajar kemahiran di mana-mana sekolah vokasional atau institusi yang menawarkan kelas kemahiran yang bersesuaian dengan minat anaknya.


            Biarlah Ismail belajar kemahiran dan memahirkan diri. Tidak pandai membaca, menulis dan mengira, tetapi dengan mempelajari sesuatu yang dia minat mampu mencerdaskan mindanya dengan hafalan sahaja. Kemahiran itu perlu, menjadi pelapik kepada kekurangan yang sedia ada.

Kisah Responden Pertama - Anak Lembam

Responden pertama : Keluarga yang mempunyai 6 orang anak dan 3 daripadanya adalah pelajar pendidikan khas.

Soalan : Semasa mereka kecil, adalah puan dapat mengesan yang mereka ini adalah kanak-kanak yang perkembangannya lewat seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya?

Jawapan : Tidak, saya lihat anak-anak saya membesar dan bermain seperti kanak-kanak biasa. Tidak pula menunjukkan mereka ini mengalami masalah. Mereka tidak pernah sakit teruk, jatuh, atau terlibat dengan sebarang kemalangan.

Soalan : Ketika umur berapakah puan dapat mengesan ketiga-tiga anak puan seorang pelajar yang lemah dalam pembelajaran? Boleh puan ceritakan?

Jawapan : Ketika mereka berada di sekolah rendah. Pihak sekolah ada memaklumkan anak saya Ina (bukan nama sebenar) tidak bercakap dan tidak memberikan  respon kepada guru yang  mengajar di dalam kelas, dan Ina tidak mempunyai kawan di sekolah. Guru juga memaklumkan anak saya tidak memberikan respon apabila ditanya soalan, sedangkan di rumah kami berbual seperti biasa. Ina dimasukkan ke dalam kelas pendidikan khas ketika berumur 10 tahun.

            Anak saya yang bernama Aidah (bukan nama sebenar) juga dikatakan seperti kakaknya. Mereka hanya duduk berdua apabila waktu rehat. Tidak bercakap dengan orang lain kecuali dengan kakaknya sendiri, dan guru memberitahu, walaupun mereka berbual, butiran perbualan mereka tidak dapat didengar dengan jelas. Berbanding Aida, Ina boleh dikatakan lebih pandai kerana boleh membaca dan mengira perkataan atau matematik yang ringkas, manaka Aida tidak tahu lansung. Aida pula dimasukkan ke kelas pendidikan khas ketika berusia  8  tahun

            Anak lelaki saya yang bongsu seorang yang gagap, mempunyai kawan dan boleh berkomunikasi  di sekolah tetapi lambat membaca dan mengira. Kerja sekolah tidak pernah siap kerana saya dan ayahnya tidak pandai mengajar. Dia dimasukkan ke kelas pendidikan khas ketika berumur 11 tahun.

Soalan : Apa pandangan masyarakat terhadap puan yang mempunyai  3 orang anak yang berada di dalam kelas pendidikan khas?

Jawapan : Saya tiada masalah berkenaan perkara tersebut, anak saya tidak pandai membaca atau mengira tetapi mereka boleh membantu saya dan ayah mereka membuat kerja serta mendengar arahan saya dengan baik. Itu sudah memadai.

Soalan : Adakah semasa puan mengandung, puan mengalami alahan yang teruk atau puan mengalami masalah kesihatan atau puan makan sebarang ubat-ubatan?

Jawapan :  Seingat saya, sepanjang saya mengandungkan mereka, saya tidak mengalami masalah dan sihat seperti ibu-ibu yang lain.

Soalan : Adakah puan dan suami mengetahui ciri-ciri lembam dan cara mengatasinya.

Jawapan : Saya tidak tahu tentang lembam dan ciri-ciri yang berkaitan, apa yang saya faham kanak-kanak yang lembam tidak pandai dan lambat membuat kerja. Itu yang saya lihat pada anak-anak saya, tetapi dari pengurusan diri dan menguruskan rumah tangga, mereka boleh melakukannya walaupun sedikit lambat. Hasilnya masih memuaskan hati saya.

*****
 Ibu bapa ini tidak melihat anak mereka sebagai seorang yang mempunyai kekurangan kerana tiada kecacatan fizikal dan hanya lambat menerima pelajaran di sekolah. Dari segi faktor ekonomi, keluarga ini ada pendapatan yang stabil dan suasana kediaman yang sempurna. Menitik beratkan sikap kekeluargaan  dan saling mengambil perhatian sesama sendiri menjadikan ia satu faktor yang sangat baik dalam institusi kekeluargaan.


Walaupun Aidah sudah tamat sekolah menengah, tidakmahu belajar walaupun sudah dipaksa berkali-kali, dan akhurnya Puan Siti mengambil pendekatan memberi latihan sahaja di rumah  seperti memasak dan mengurus rumah tangga dan perkerjaan tersebut dilakukan bersama-sama kerana Puan Siti tidak bekerja. Manakala Ina pula dihantar ke Pusat Giat Mara untuk mengikuti kelas latihan kemahiran yang bersesuaian. Kata puan ini, untuk anak bongsunya, dia akan lakukan perkara yang sama seperti kakaknya yang menyambung pengajian dalam bidang kemahiran. Katanya lagi, biarlah anak ini tidak pandai dalam pelajaran tetapi pandai dalam kemahiran. Masih memasang harapan yang tinggi agar anak-anak mereka dapat diterima dan menyesuaikan diri dalam masyarakat serta zaman yang penuh dengan dugaan. 

Saturday, 4 November 2017

IDEA (Individuals with Disablities Education Act)

IDEA
Di Amerika Syarikat, IDEA atau dikenali sebagai Individuals with Disabilities Education Act (Akta Individu yang Pendidikan Kurang Upaya) diwujudkan untuk memastikan semua kanak-kanak dan remaja kurang upaya layak mendapatkan pendidikan awam yang sesuai untuk memenuhi keperluan unik mereka.

IDEA juga menyediakan perkhidmatan pendidikan dan pelerjaan sebelum mereka keluar dan cenderung menjalani kehidupan luar. Sebelum IDEA ditubuhkan, ramai remaja dan kanak-kanak khususnya dimasukkan ke dalam sekolah awam, ada juga diletakkan mereka di dalam bilik darjah yang berasingan atau di bilik kelas biasan tanpa pengawasan dan sokongan khusus keperluan khas mereka.

Setiap tahun telah ramai kanak-kanak kurang upaya menerima perkhidmatan khas yang direka dan disediakan untuk memenuhi keperluan mereka yang unik di bawah seliaan IDEA. IDEA juga mantakrifkan istilah “Kanak-kanak yang mempunyai kecacatan” yang merangkumi definisi ketidakupayaan khusus kanak-kanak kurang upaya.

Perkhimatan intervensi awal yang disediakan kepada keluarga yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kurang upaya di bawah usia 3 tahun. Perkhidmatan ini turut disedikan kepada kanak-kanak disekolah dan remaja berumur di dalam lingkungan 3 tahun sehingga 21 tahun.

Pendidikan Khas dan perkhidmatan berkaitan yang disediakan melalui sistem persekolahan adalah sangat penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan remaja kurang upaya untuk membangunkan diri mereka sekaligus belajar dan mampu bersosial dengan baik bersama masyarakat luar mengikut kemampuan masing-masing.

sumber dari : Laman web American Psychological Associatioan 

Definisi Orang Kurang Upaya oleh WHO

Definasi Orang Kurang Upaya menurut WHO (World Health Organisation) adalah kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang mempunyai ketidakupayaan meliputi masalah kecatatan menyebabkan mereka terhalang oleh  aktiviti dan sekatan penyertaan. Masalah dalam fungsi badan atau stuktur yang menyebabkan batasan aktivti yang dihadapi oleh individu melaksanakan tugas atau tindakan di dalam penglibatan situasi kehidupan harian.

Ia juga bukan sekadar masalah kesihatan, tetapi adalah satu fenomena yang rumit mencerminkan onteraksi antara cirri-ciri tubuh seseorang (Orang Kurang Upaya) dengan masyarakat.


Untuk mengatasi kesukaran yang dihadapi oleh Orang Kurang Upaya, penglibatan masyarakat umum dan badan sokongan bukan kerajaan (NGO) bergabung bagi menghilangkan jurang halangan antara persekitaran dan sosial bagi mereka (Orang Kurang Upaya)

Definasi Orang Kurang Upaya - Jabatan Kebajikan Masyarakat

Definisi Orang Kurang Upaya (OKU) bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah Mengikut Akta Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka masa panjang yang boleh diketahui melalui fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila aberinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan keberkesanan mereka apabila berada di dalam kelompok masyarakat.
Jabatan Kebajikan Masyarakat meletakkan beberapa kategori Orang Kurang Upaya yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran Orang Kurang Upaya dan menerima insentif yang telah disediakan. Kategori tersebut adalah seperti berikut,
1.       KURANG UPAYA PENDENGARAN
·         Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar lasnung walaupun menggunakan alat bantuan pendengaran.
·         Terdapat 4 tahap yang diletakkan sebagai Orang Kurang Upaya Pendengaran
·         Minimum                    : 15 hingga <30dB (Untuk kanak-kanak)
·         Minimum                    : 20 hingga <30dB (Untuk orang dewasa)
·         Sederhana                  : 30 hingga <60dB
·         Teruk                            : 60 hingga <90dB
·         Sangat Teruk              : >90dB

2.       KURANG UPAYA PENGLIHATAN
·         Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.
·         Orang Kurang Upaya Penglihatan boleh dikategorikan kepada :
·         Buta               : Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik
                        walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau
                        medan penglihatan kurang daripada 10 darjah Fixation.

·         Penglihatan Terhad :Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan
                                      atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan
                                      menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan
                                     penglihatan kurang daripada 20 darjah Fixation

3.       KURANG UPAYA PERTUTURAN
·         Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan ganguan komunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.
·         Keadaan ini adalah kekal atai tidak akan sembuh.
·         Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur 5 tahun dan ke atas.
·         Sekiranya ada kemusykilan Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.

4.       KURANG UPAYA FIZIKAL
·         Individu yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah anggota yang tidak sempurna.
·         Bahagian anggota badan yang mengalami keadaan seperti
·         Hemiplegia, Paraplegia, Tetraplegia, Kehilangan anggota badan, kelamahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas (penjagaan diri, pergerakkan dan pertukaran posisi tubuh badan)
·         Contoh Kurang Upaya Fizikal
-          Kerdil, Kudung Tangan / Kaki, Kudung Ibu Jari / Jari Tangan, Lumpuh, Spina Bifide, Muscular Dystrophy, Celebral Palsy, Traumatic Brain Injury
-          Manakala bago kategori Strok dan Spinal Cord Injury, hanya sekiranya tiada pengembalian fungsi selepas enam bulan.
-          Bagi kategori yang dikatakan kerdil, penilaian dibuat berdasarkan ketinggian individu tersebut :
Lelaki  < 142 sentimeter
Wanita < 138 sentimeter

5.       MASALAH PEMBELAJARAN
·         Individu yang mengalami masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya, mereka ini yang tergolong di dalam kategori ini adalah seperti :
-          Lembam, Down Syndrome, Kurang Keupayaan Intelektual,  Autisme (Autistic Spectrum Disorder), ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder)
-          Masalah pembelajaran spesifik :Dyslexia, Dyscalculia, Dygrahpia
-          Lewat perkembangan global

6.       KURANG UPAYA MENTAL
·         Seseorang yang mempunyai penyakit mental yang teruk dan telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurannya 2 tahun oleh pakar psikiatari.
·         Akibat daripada pebyakit yang dialami, mereka tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau pehubungan dalam masyarakat waluapun setelah menjalani rawatan psikiatari.
·         Antara kategori Kurang Upaya Mental adalah seperti
-          Paranoid, Mood Disorder, Psychotic Disorder, Organic Mental Disorder

7.       KURANG UPAYA PELBAGAI
·         Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuao diklasifikasikan di bawah mana-mana enam kategori lain yang sedia ada.

·         Sebagai contohnya, individu yang mengalami jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran.